SELEPAS PUAS DIPUJUK, AKHIRNYA AZIAN MAZWAN DEDAH PUNCA SEBENAR ANAKNYA JADI PENCURI


Penyanyi era 80-an, Azian Mazwan Sapuwan, 40, menyifatkan anak lelakinya tersalah langkah dalam memilih kawan hingga terlibat dalam kes kecurian motosikal di Putrajaya, baru-baru ini.

Memetik laporan mStar online, Azian, berkata, dia tidak tertekan meskipun laporan mengenai anak itu ditangkap tersebar luas.

"Saya tenang dan tidak tertekan apabila berita mengenai perkara itu dilaporkan dalam media dan saya ambil positif perkara itu.

"Ini adalah akibat daripada kesilapannya sendiri dalam memilih kawan dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepadanya," katanya yang sebelum menyertai program Gegar Vaganza 2,

Terdahulu, laporan media menyebut, remaja berusia 16 tahun itu ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun dan telah pun dihadapkan ke mahkamah pada akhir Disember lalu.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Februari depan.

Kedua-dua tertuduh dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Dalam pada itu, Azian berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut melibatkan anaknya itu kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

"Kes masih berjalan dan belum jatuh hukuman lagi, jadi saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu," katanya.

0 Response to "SELEPAS PUAS DIPUJUK, AKHIRNYA AZIAN MAZWAN DEDAH PUNCA SEBENAR ANAKNYA JADI PENCURI"

Post a Comment