'ANAK² GELANDANGAN DIHALANG MAKAN DI KFC KLCC'....HEBAT SANGATKAH KFC KLCC TU...?? UNTUK GOLONGAN KAYA SAHAJAKAH BANGUNAN KLCC TU...??


Shahrul meluahkan rasa kesalnya terhadap pihak KFC KLCC yang tidak membenarkan beliau menganjurkan program membawa anak-anak gelandangan makan di premis tersebut. 

Difahamkan diawal perbincangan pihak KFC KLCC bersetuju dan membenarkan Shahrul menganjurkan program kebajikannya di premis berkenaan berserta dengan pemberian diskaun, ehsan dari pihak KFC KLCC. 

Bagaimanapun, Shahrul kesal apabila beliau dimaklumkan bahawa programnya terpaksa dibatalkan oleh pihak restoran terbabit. 

"Di dalam perbincangan, mereka telah bersetuju membenarkan kami membuat program di sana. Hari ini mereka menolak permintaan kita.

"Salahkah anak-anak gelandangan ini yang tidak berdosa mahu merasa makan di KFC KLCC? Adakah mereka ini terlampau hina di sisi rakyat? Jijikkah mereka pada pandangan KFC KLCC?

"Satu program akan diadakan pada hari Sabtu ini. Segala perbincangan telah diatur. Namun di saat tiba masanya, program dibatalkan. Sepatutnya kami juga diberikan diskaun untuk anak-anak ini, malangnya diskaun telah ditarik balik. 

"Bagi pihak kami ingin merealisasikan impian anak-anak ini. Kami berbincang agar membayar makanan mereka tanpa diskaun. Tetapi mereka tetap menolak juga. Pihak pengurusan KFC KLCC tidak membenarkan mereka membeli makanan seperti rakyat biasa.

"Persoalan saya, kenapa? Adilkah mereka? Mereka juga rakyat Malaysia cuma nasib mereka tidak berapa baik seperti kita. Takdir yang menjadikan mereka begitu," tulis di laman Facebook rasmi KFC. - THEHYPEMEDIA.COM

0 Response to "'ANAK² GELANDANGAN DIHALANG MAKAN DI KFC KLCC'....HEBAT SANGATKAH KFC KLCC TU...?? UNTUK GOLONGAN KAYA SAHAJAKAH BANGUNAN KLCC TU...??"

Post a Comment