Jika sebelum ini kami selalu menulis tentang kontroversi Zarina Anjoulie, kali ini kami paparkan pula berita yang agak menggembirakan buat beliau.
Zarina yang sudah berkahwin dan menetap di Brunei, bakal bergelar ibu tidak lama lagi apabila disahkan sedang hamil anak pertama.
Berita gembira itu dikongsikan oleh Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.
Another edition to d brat pack family.
Ucapan tahniah dan doa agar segala proses kehamilan berjalan dengan lancar memenuhi ruang komen di Instagram beliau. Boleh kata, perkhabaran itu mendapat reaksi cukup positif daripada peminatnya.
Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Anjoulie dan suami, lupakan segala kenangan silam yang pahit dan binalah hidup baharu. Semoga segala persiapan untuk menyambut bayi pertama beliau berjalan dengan baik.
0 Response to "TAHNIAH...!!! Zarina Anjoulie Sah Hamil Anak Pertama, Dah Makin Meriah dan Harmoni Kehidupannya Sekarang Sejak Lama Menyepi, Bersyukur Dengan Kehidupan Sekarang...."
Post a Comment