Sejak minggu lepas, ajak kecoh juga dengan isu dimana seorang penulis blog telah mengkritik tentang restoran baharu Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim iaitu Fizo Mawar Kitchen terletak di Bangi.
Walaupun, pada mulanya Fizo agak sentap dengan komen penulis blog tersebut, kini Fizo tampaknya lebih tenang kerana perniagaan itu masih lagi mendapat sambutan yang baik. Malah beliau juga “turun padang” untuk memperbaiki layanan di restoran miliknya itu.
Meskipun kritikan dilemparkan berbaur negatif, saya menganggap ia sebagai bentuk promosi dan pemasaran. Sejak itu, semakin ramai pelanggan datang berkunjung sehingga tidak menang tangan dibuatnya. Dari situ pekerja juga semakin ambil berat dari segala segi. Saya juga meluangkan lebih banyak masa di restoran. Jika ada mesyuarat sekali pun, saya adakan di situ.
Tambah Fizo, beliau sebenarnya merasa syukur atas teguran yang diberikan kerana dari situ beliau boleh mengetahui setiap kelemahan yang ada ketika restoran beliau beroperasi.
Saya anggap tindakan mereka menulis di laman sosial dan membuat ulasan di blog itu adalah cara terbaik. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, sudah tentu saya tidak tahu kelemahan perniagaan saya.
Fizo juga tampil memohon maaf atas kekurangan di restoran beliau kerana setiap hari mereka menerima jumlah pelanggan yang agak tinggi.
Dalam keadaan itu, apa saja boleh berlaku dan ada pelanggan yang terpaksa beratur. Justeru, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu lama.
Menurut Fizo, selepas membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan, perkara sama sudah tidak berulang.
Jika benar Fizo sudah tidak terasa hati dan bangkit daripada kritikan yang diterima, kami harap kes ini sudah selesai dengan baik bukan? Tidak perlu lagi menyimpan dendam dan selepas ini cuba untuk bersifat lebih terbuka dalam menerima setiap teguran. Lebih baik seseorang itu jujur secara depan-depan daripada puji melambung tetapi cakap buruk di belakang anda.
0 Response to "Isu Restoran Dikritik Blogger.....Fizo Omar Tampil Mohon Maaf Atas Segala Kekurangan Di Restorannya....Itulah yang dipanggil kuasa pengguna, tak semestinya bila kita berada di tempat tinggi kita pandang orang lain nampak rendah..."
Post a Comment