"Siapa sudi jadi teman wanita upahan aku? Mak aku nak khitbahkan aku!"

Seorang pelajar universiti awam mencari wanita upahan untuk berlakon agar dia dapat melepaskan diri daripada rancangan ibunya yang ingin mengikat tali pertunangan dengan anak rakannya. Ramai menyangka kejadian ini hanya dapat dilihat dalam drama namun kini telah menjadi realiti. Baca lagi: 



"Assalamualaikum, okay aku straight to the point, siapa kat sini sudi jadi teman wanita upahan aku? hanya untuk 2 to 3 weeks before my parents balik London. okay aku bukan nak prejudiskan maruah sesiapa tapi aku cuma nak mintak tolong lepaskan aku dari rancangan mak aku yang nak khitbahkan aku dengan anak kawan dia. tak kisah kau umur berapa, sem berapa tapi jangan lah student master sebab itu terlalu tua untuk aku yang baru 20 tahun ni. nanti mak aku tak percaya. okay sebagai upah, aku akan tanggung semua yuran kau after this, termasuk rm3000 per sem sebagai duit belanja sampai kau habis degree. duit-duit buku nanti claim kat aku. syarat dia,

1, SINGLE yang pasti sebab aq tak nak ada orang datang ketuk rumah aku pkul 2 3 pagi bawak parang.

2. pakai tudung. mak aku anti free hair. dan tudung tu bukan shawl. nak tudung biasa, bawal much better.

3. hipster, hijabister, hijabistyle, apa apa lagi mengarut2 tu, TAKNAK. pakai baju kurung pun dah cukup baik.

4. natural beauty. makeup tebal satu inci tu pergi tempat lain.mak aku tak suka.

5. last, pandai jaga adab.

okay tu je. kalau berminat untuk tolong aku, komen. nanti aq pm. jangan malu, plis. skrip semua aku sediakan.

ohh yaa aku lupa, aku duduk damansara. so kalau sesiapa yang jauh such as penang or watever, aku akan sediakan hotel sepanjang kau kat sini. sebab mak aku nak jumpa kau untuk dinner sebanyak 3 kali. baju untuk dinner nanti kita shopping. pakai duit aku, jangan risau. kau boleh ajak sesiapa teman kau kat sini. and one more thing, kalau sepanjang lakonan kau ni kita TERJATUH CINTA, nanti kita cerita lain.

okay thank you."

0 Response to ""Siapa sudi jadi teman wanita upahan aku? Mak aku nak khitbahkan aku!""

Post a Comment