Sanggup Menempuh Perjalanan 190km Demi Sambut Raya Dengan Anak di Penjara

Mak ayah sanggup naik motor menempuh perjalanan 190km untuk sambut raya dengan anak di penjara | Melaka: Demi kasih sayang, sepasang suami isteri sanggup meredah kesejukan awal pagi bermotosikal sejauh kira-kira 190 kilometer untuk meraikan Aidilfitri bersama anak yang juga banduan yang menjalani hukuman serta pemulihan di Penjara Pra Bebas, Dusun Dato’ Murad, Ayer Keroh di sini, semalam.



Sufiah (bukan nama sebenar), 50, berkata dia, suami, anak sulung serta ibunya menempuh perjalanan dari Kulai, Johor ke Melaka dengan membonceng dua motosikal semata-mata untuk beraya dengan insan tersayang memetik Harian Metro.

Sanggup Menempuh Perjalanan 190km Demi Sambut Raya Dengan Anak di Penjara

“Anak kami, Bakhtiar (bukan nama sebenar) yang berusia 23 tahun menghuni penjara prabebas berkenaan sejak lebih setahun lalu atas kesalahan jenayah samun berkumpulan dan bersenjata.

“Kami bangun jam 4.30 pagi dan bertolak sejam kemudian. Kami singgah di Chaah, Segamat untuk menjemput emak saya sebelum meneruskan perjalanan ke Melaka,” katanya.

Sufiah yang ditemui pada Program Jalinan Kasih Sempena Hari Raya Aidilfitri di penjara berkenaan berkata, meredah kesejukan pagi dan menempuh perjalanan jauh langsung tidak mematahkan hasrat mereka untuk meraikan Aidilfitri bersama anak keduanya itu.

0 Response to "Sanggup Menempuh Perjalanan 190km Demi Sambut Raya Dengan Anak di Penjara"

Post a Comment