Ibu bapa wajib baca pendedahan ini untuk keselamatan anak-anak kecil anda.
Mc'Donalds, Burger King, Children Playground dan semua tempat permainan kanak-kanak yang mempunyai longgokan bola plastik ini adalah tempat yang membahayakan.
Salah seorang anak saya kehilangan jam tangannya di tempat seperti ini. Kehilangan jam tangannya itu membuatkan dia sangat sedih menyebabkan kami terpaksa mencarinya di celah-celah longgokan bola tersebut.
Tetapi, apa yang kami temui ialah, kesan muntah, sisa makanan, najis dan pelbagai lagi penemuan yang saya tidak mahu nyatakan sepenuhnya. Saya terus berjumpa dengan pengurus dan mengadu tentang penemuan yang menjijikkan itu.
Apa yang lebih mengejutkan, kawasan longgokan bola plastik itu hanya dibersihkan sekali sahaja dalam sebulan. Ini betul-betul mengejutkan yang mana selama ini saya ingatkan mereka kerap membersihkan kawasan yang terlindung seperti itu. Saya tidak akan membenarkan anak-anak saya bermain di tempat seperti ini lagi.
Ada di kalangan anda bukan ibu bapa, tetapi anda mempunyai anak buah, cucu sebelah adik beradik, anak kepada rakan-rakan anda, dan perkara ini juga memerlukan perhatian dari anda.
Di bawah juga adalah pengalaman seorang ibu yang juga mengalami perkara yang sama. Tetapi apa yang berlaku pada anaknya lebih menakutkan. Saya menyeru agar anda semua menyebarkan perkara ini kepada rakan-rakan anda agar lebih berhati-hati di masa akan datang.
"Hi, nama saya Lauren Archer. Anak lelaki saya, Kevin dan saya tinggal di Melbourne, Australia. Beberapa tahun yang lalu, saya membawanya ke McDonald's untuk ulangtahun hari lahirnya yang ketiga. Selepas dia selesai menikmati makanannya, saya mengizinkannya bermain di longgokan bola tersebut.
"Namun tidak beberapa lama kemudian, dia mula merenggek dan menangis. Jadi saya pun bertanya kepadanya kenapa. Kevin hanya mengadu sakit di bahagian punggungnya. Saya memeriksa bahagian yang ditunjuk, tetapi tidak menemui sebarang tanda pada masa itu.
"Apabila pulang ke rumah, saya mandikan dia dan ketika itulah saya menyedari ada kesan lebam di bahagian punggungnya. Setelah disiasat, kelihatan seperti ada sesuatu di dalam lebamnya itu. Saya terus membuat temujanji dengan doktor untuk keesokan harinya. Namun Kevin sudah mula muntah-muntah dan badannya menggigil. Mata hitamnya pula berpusing ke belakang menyebabkan saya menjadi panik dan terus membawanya ke hospital.
"Malangnya, Kevin meninggal dunia pada malam itu. Setelah disiasat, rupa-rupanya punggung Kevin telah tertusuk dengan jarum suntikan yang tercemar. Autopsi pula mendedahkan Kevin meninggal akibat dos heroin yang berlebihan telah disuntik ke dalam badannya.
"Seminggu selepas itu, polis menyiasat tempat permainan Kevin yang terakhir dan mereka menemui makanan yang basi, beberapa jarum suntikan yang ada sesetengahnya masih berisi dengan cecair di dalamnya dan ada juga yang telah dikosongkan selain dari menemui pisau, gula-gula yang telah dimakan, diapers, najis dan kesan-kesan urin," dedahnya.
"Begitu juga dengan sebuah kes di longgokan bola plastik di Burger King apabila ada seorang kanak-kanak lelaki mengadu sakit di bahagian kakinya yang kemudiannya juga meninggal dunia. Setelah disiasat, mangsa muat akibat dipatuk oleh ular yang berbisa di bahagian kaki dan punggungnya," katanya.
Sementara itu di Malaysia pula, seorang datin mendedahkan bahawa cucunya juga demam selepas bermain di longgokan bola plastik itu di Great Eastern Mall, Ampang.
"Jangkitan kuman sebab bola-bola tidak dibersihkan. Mungkin ada bekas muntah dan sebagainya. Lama juga nak baik tetapi syukur alhamdulillah dah sembuh. So please be careful, jangan bawa anak cucu bermain di tempat-tempat seperti ini," katanya.
0 Response to "PERHATIAN ! Jangan Bagi Anak Anda Bermain Di Kawasan Ini ! Mohon SEBARKAN"
Post a Comment