Kerana tidak mahu susahkan rakyat, Sultan Pahang titah laluan di km 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka segera secara kontra

Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menitahkan laluan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak yang terjejas akibat banjir lumpur, Rabu lalu, dibuka segera secara kontra.

Laluan yang dibuka membabitkan dari Kuala Lumpur ke Kuantan manakala laluan bertentangan masih lagi ditutup berikutan kerja pemantauan kawasan cerun bukit masih dijalankan.

Ia dijangka dapat dibuka sepenuhnya bermula esok.

Titahnya, pembukaan laluan berkenaan perlu dipercepatkan bagi memudahkan orang ramai untuk ke pantai timur.



“Saya sudah mengarahkan pihak berkaitan membuka semula laluan ini dan buat sementara waktu hanya sebelah lebuh raya ini akan dibuka secara kontra.

“Saya tak mahu menyusahkan rakyat saya yang ada antara mereka menggunakan laluan ini untuk keluar mencari rezeki. Apabila lebuh raya ditutup secara tidak langsung pendapatan mereka terjejas,” titahnya.

Beliau bertitah demikian selepas berjumpa dengan mangsa banjir lumpur di Masjid Lentang, di sini, hari ini.

Terdahulu, baginda meluangkan masa lebih sejam mendengar taklimat berhubung kejadian itu selain meninjau lokasi kejadian.

0 Response to "Kerana tidak mahu susahkan rakyat, Sultan Pahang titah laluan di km 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka segera secara kontra"

Post a Comment