TIADA DUIT PUNCA PELAJAR UNIVERSITI TERJEBAK GEJALA SOSIAL....MENGAPA TERJADI KEADAAN BEGINI..?? INI PEJELASAN MEREKA.....


Kerajaan digesa supaya tidak memandang remeh mengenai isu pelajar yang tidak mempunyai wang bagi menampung pembelajaran mereka di universiti.
Ketua Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan (AMK), Fahmi Zainol, berkata disebabkan tiada wang, bukan isu kelaparan sahaja yang terjadi, tetapi mereka juga terdedah untuk terjebak dalam gejala sosial.
“Disebabkan ketiadaan duit untuk makan dan bayar yuran ada segelintir kelompok pelajar yang sanggup menjual maruah diri mereka.
“Punca utamanya ialah kerana tiada duit untuk menampung kos sara hidup serta membayar yuran dan akhirnya terjebak dalam kancah gejala sosial yang pada mulanya hanya untuk mencari wang untuk makan dan membayar yuran sahaja,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Mengulas lanjut, Fahmi yang juga bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (UM) berkata, berdasarkan pengalamannya, memang terdapat kelompok pelajar yang terlibat dengan gejala itu walaupun bilangannya kecil.
Katanya, pendekatan itu diambil asalkan mereka memperolehi wang dengan mudah untuk menampung kos sara diri mereka.
“Pengalaman sebagai Presiden Mahasiswa UM sedikit sebanyak membantu saya mengetahui kes-kes terpencil sebegini. Ini baharu berbicara soal satu kampus sahaja, jika dilihat seluruh institut pengajian tinggi (IPT) mungkin bilangannya mampu mengejutkan kita.
“Penyelesaian secara drastik perlu diambil oleh kerajaan segera. Kerjasama yang jitu diharapkan dalam kalangan badan bukan kerajaan (NGO) dan universiti,” katanya.

0 Response to "TIADA DUIT PUNCA PELAJAR UNIVERSITI TERJEBAK GEJALA SOSIAL....MENGAPA TERJADI KEADAAN BEGINI..?? INI PEJELASAN MEREKA....."

Post a Comment