Berbelanja Macam Anak Tan Sri, Mak Ayah Di Kampung Berjimat Nak Tanggung Awak....Sedar Diri Sikitlah Kita Bukannys Anak Orang Kaya Pun



Meskipun masih menjaga aurat, berhijab dan menjaga solat namun dari segi gaya hidup yang suka enjoy persis anak jutawan telah menyebabkan hati yang melihatnya berasa terguris dan simpati.




Pengaruh rakan sebaya memang ada kalanya menyumbang kepada perkara yang tidak baik dan negatif. Terutama dari segi mengubah sikap, mentaliti dan juga cara pembawakan diri. 

Dalam status yang yang menjadi trending di media sosial ini, seorang kakak meluahkan rasa sedih melihat bagaimana adiknya berubah kerana terikut gaya hidup kawan-kawan yang urban dan berada. 

Meskipun masih menjaga aurat,  berhijab dan menjaga solat namun dari segi gaya hidup yang suka enjoy persis anak jutawan telah menyebabkan hati yang melihatnya berasa terguris dan simpati.

"Kawan di makan Starbukcs, dia pun nak Starbucks. Kawan dia beli iPhone, dia pun nak beli iPhone. Padahal realitinya keluarga kami bukan orang senang. 

"Adik aku boros. Suka beli barang branded lagak orang kaya. Sekali tengok adik aku dgn kawan2 dia macam anak Tan Sri."

Netizen ini juga meluahkan bagaimana kontranya jalan kehidupan dan cara hidup si adik dengan ibu bapanya yang berjimat cermah di rumah. 

Bukan tidak pernah dinasihati, namun ibarat mencurah air di daun keladi. 


Persoalannya, hebat sangatkan nampak begitu urban, updated dan hipster? Tercalarkah imej dengan adat Melayu sedia ada ini.

Orang kata, nak bergaya ukurlah kemampuan dahulu. Ini sebaliknya. Sanggup berhabisan dan biarkan mak dan ayah di kampung berjimat-cermat nak menanggung pengajian anaknya.

0 Response to "Berbelanja Macam Anak Tan Sri, Mak Ayah Di Kampung Berjimat Nak Tanggung Awak....Sedar Diri Sikitlah Kita Bukannys Anak Orang Kaya Pun"

Post a Comment