BEKAS ISTERI DIKAITKAN BERCINTA DENGAN ZIZAN RAZAK, INI RESPON EIZLAN YUSOF...!!! Maka Apakah Komen Zizan Razak Pulak..??

catsPelakon Datuk Eizlan Yusof,45, berpendapat bekas isterinya mempunyai hak untuk membuat apa juga keputusan penting berkaitan hidupnya, termasuklah membina hubungan dengan pasangan baharu yang sesuai dengan dirinya.


Apa yang penting, menurut pelakon kacak itu, gosip yang mengatakan bekas isterinya kini Vie Santie Harun, 30, sedang menjalinkan hubungan dengan pelawak Zizan Razak tidak akan sama sekali menjejaskan hubungan baik antara dia dan bekas isterinya itu.

“Kami sudah bercerai dan dia mempunyai hak untuk menentukan apa sahaja. Fokus utama saya dan dia kini adalah anak-anak, dan hubungan kami akan kekal baik untuk anak-anak. Selebihnya saya tidak boleh komen lanjut,” katanya.

Sementara itu ketika ditanya mengenai harapannya sebelum ini untuk berbaik semula dengan Vie, kata Eizlan, ia sukar untuk berlaku memandangkan keadaan itu memerlukan persetujuan kedua-dua belah pihak.

“Memang itu yang saya harapkan, tetapi kena faham ini semua perlukan persetujuan kedua belah pihak, saya dan dia. Apa yang perlu mereka di luar sana faham, permintaan ini perlukan persefahaman. Seperti yang saya katakan tadi, dia juga mempunyai hak untuk menentukan kehidupannya selepas kami tidak lagi bergelar suami isteri,” katanya.

Eizlan dan Vie berkahwin pada 7 Julai 2007 dan bercerai pada Februari 2015. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, 8, Zareef Yusof, 6, dan Vie Zaalia, 3.

Sementara itu hubungan Zizan dan Vie mula menjadi perhatian apabila ada sumber yang memberitahu, pelakon ini kini menjalinkan hubungan dengan ibu tunggal tersebut. Hubungan yang bermula sebagai teman bisnes itu kini bertukar menjadi lebih akrab apabila kedua-duanya semakin serasi bersama.

Bagaimanapun Zizan ketika diterjah dengan soalan ini, enggan memberi komen lanjut sesuai dengan azamnya untuk mengurangkan kontroversi pada 2016. [sumber: Utusan Malaysia]


0 Response to "BEKAS ISTERI DIKAITKAN BERCINTA DENGAN ZIZAN RAZAK, INI RESPON EIZLAN YUSOF...!!! Maka Apakah Komen Zizan Razak Pulak..??"

Post a Comment