ADAM AF & FIZA ELITE SAH BERCERAI KALI KEDUA

Tiada angin, tiada ribut... tup tup Fiza Halim, akhirnya membuka rahsia bahawa dia sebenarnya sudah bercerai dengan suaminya, Adam AF. 

Dengan penceraian itu, ia merupakan kali kedua mereka bercerai selepas bernikah pada September 2013. Mereka sebelum ini bercerai kali pertama pada 28 April 2014 sebelum rujuk semula pada tahun yang sama. 

 



Bercerita mengenai penceraian kedua itu, kata Fiza, Adam telah melafazkan cerai pada 21 September lalu dan pengesahan lafaz cerai itu telah dilakukan di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 28 Disember. 

"Saya menganggap kami sudah tiada jodoh dan kami telah berpisah dengan cara baik. Saya juga minta dia lepaskan saya tanpa ada rasa dendam di hati. Sekarang ini kami bawa haluan sendiri," ujar Fiza dipetik sebagai berkata. 

 

Terdahulu, Fiza juga menjelaskan bahawa dia sudah solat istikharah dan berusaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka, namun keputusan lebih kepada berpisah. 

"Walaupun sekitar Ogos tahun lepas kami masih sebumbung tapi berlainan bilik. Semakin berusaha, semakin jauh juga perasaan itu," tambahnya yang tidak dikurniakan cahaya mata dengan Adam. 

Bagaimanapun, melalui perkahwinan bersama suami pertamanya, Fiza mempunyai dua orang anak. 

Read more: http://www.myartis.com/2016/01/adam-af-fiza-elite-sah-bercerai-kali.html#ixzz3xlu8UAcV

0 Response to "ADAM AF & FIZA ELITE SAH BERCERAI KALI KEDUA "

Post a Comment