Tentu ada yang masih ingat dengan kapsyen anak Rozita Che Wan iaitu Ammar Affendy di Instagram berbunyi “ whoever said money cant buy happiness simply didn’t know where to shop”, yang mengundang pelbagai reaksi serta rasa tidak puas hati dikalangan pengguna media sosial sehingga ada yang melabelkan anak-anak Che Ta tidak bersyukur dengan kemewahan yang mereka ada.
Susulan isu tersebut, kita boleh lihat Che Ta mempertahankan anak-anaknya dan meminta orang lain tidak dengki dengan rezeki mereka.
Buat Che Ta, sebagai seorang ibu itu sudah menjadi tugas beliau apatah lagi merasa kurang selesa melihat anak-anaknya dikritik.
Saya memang seorang ibu yang tegas dalam mendidik anak-anak. Melihat entah siapa-siapa memburukkan mereka, sebagai ibu saya akan balas balik komen tersebut dengan kata-kata pedas. Saya tak faham, ada saja tidak kena di mata golongan (netizen) ini.
Tidak salah untuk mempertahankan anak-anak kerana sebagai seorang ibu. Namun, cuba lihat dahulu punca sebenarnya, siapa betul dan siapa salah.
0 Response to "Hormatilah Anak Saya Kerana Mereka Pun Membesar Seperti Anda Juga....Saya Akan Pertahankan Anak- Anak Jika Mereka Dikritik – Rozita Che Wan"
Post a Comment