Dia Tahu Atau Saja Buat Tak Tahu...??? Pakai Skirt Jarang Dengan Kalimah Arab : Agnes Monica Dikecam Teruk,

Penyanyi Indonesia, Agnes Monica cukup terkenal dengan gaya beliau yang agak s3ksi. Sejak semalam, Agnes menjadi topik utama ramai di media sosial selepas tampil dengan persembahan penuh kontroversi di Konsert Raya 21 Indosiar pada hari Isnin lepas.
Agnes yang ketika itu sedang menyanyikan single terbarunya Boy Magnet tampil dengan memakai pakaian serba hitam yang jarang dengan kalimah arab pada bahagian bawah skirt busana tersebut.
Ramai yang ingin tahu apakah maksud tersebut dan ia turut dikecam oleh netizen dimana mereka menanggap  tindakan Agnes sebagai keterlaluan kerana mencetak ayat tersebut pada pakaian yang seksi.
Walaubagaimanapun, penaja busana tersebut memberitahu kalimah Arab itu tidak ada kaitan dengna mana-mana ayat yang terkandung didalam Al-Quran.
Malah, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam. Namun, mereka tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Agnes.
Erm, Agnes Monica boleh dikatakan antara artis Indonesia yang penuh dengan kontroversi jadi tidak hairan jika beliau dikecam sebegini. Apa-apapun, kita tahu Indonesia ini mempunyai jumlah Muslim yang ramai dan seharusnya Agnes boleh menjaga sensitivi masyarakat Islam di negara berkenaan.

0 Response to "Dia Tahu Atau Saja Buat Tak Tahu...??? Pakai Skirt Jarang Dengan Kalimah Arab : Agnes Monica Dikecam Teruk, "

Post a Comment