Masa bercinta dulu semuanya indah sehingga sanggup melakukan apa saja, apabila dah tawar hati dengan pasangan semuanya nampak membosankan. itulah hakikat kehidupan yang kita taidak boleh tentukan.
Kuala Lumpur - Tindakan seorang wanita memutuskan hubungan cinta menyebabkan dia kini hidup dalam ketakutan dan trauma apabila bekas teman lelakinya mengugut akan menyebar gambar bogelnya di laman sosial.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Choo, 47, berkata, dia memutuskan hubungan mereka selepas mengetahui bekas teman lelaki itu mencuri wangnya berjumlah RM7,500.
Bagaimanapun, selepas memutuskan hubungan, bekas teman lelakinya itu enggan berbuat demikian dan mengugut akan menyimbah asid serta menyebarkan gambar serta video bogel mangsa.
“Saya sudah membuat laporan polis kerana bimbang boleh mengancam keselamatan saya, anak dan keluarga saya tetapi dia masih lagi mengganggu.
“Apa yang saya tahu ketika ini dia sudah ditangkap polis tetapi tidak pasti sama ada berita itu sahih atau tidak,” katanya pada sidang media di pejabat Biro Aduan Awam MCA, semalam.
Menurutnya, mangsa mengenali lelaki berusia 52 tahun itu yang bekerja sebagai kontraktor di sebuah gereja tiga tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Biro Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong berkata, setakat Ogos tahun ini, sebanyak 24 kes diterima membabitkan mangsa diugut akan menyebarkan gambar dan video bogel di media sosial.
“Jumlah kes itu adalah satu jumlah yang besar dan serius, sembilan daripadanya membabitkan mangsa lelaki yang ditipu oleh wanita yang menggunakan teknik sama.
“Kebanyakan suspek menggunakan modus operandi yang sama dan orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati terutamanya membabitkan pengambilan gambar dan video,” katanya, lapor Hmetro.
0 Response to "SEBAR GAMBAR BERJIMAK JIKA PUTUS HUBUNGAN..!!! UGUTAN DARI PASANGANYA KEPADA GADIS TERSEBUT"
Post a Comment