Prof Ridhuan Tee Tegur Program Realiti TV Pendakwah


Pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah telah membuat teguran kepada program realiti TV keagamaan yang dirasakannya tidak menepati standard untuk mencari bakal pendakwah.

Ridhuan Tee telah menyifatkan para agamawan sudah seperti dibadutkan ketika beraksi di pentas, dan stesen penyiaran hanya mahu menarik perhatian penonton.

Beliaumembuat teguran menerusi tulisan terbaru bertajuk ‘Apabila agamawan dibadutkan’ yang disiarkan dalam Sinar Harian.

Sebelum ini, Ridhuan Tee juga pernah menjadi pengacara program realiti tv keagamaan "Pencetus Ummah" namun kini sudah tidak lagi mengacarakannya.

AGAMAWAN DIBADUTKAN

Ini komennya:

“Ilmu bukan lagi sandaran. Pengucapan awam bukan begitu ekstrem sehingga tidak boleh melawak dan mungkin menyanyi. Boleh diselitkan, tetapi biar berpada. Nyanyilah dan lawaklah dengan ilmu, tetapi bukan badut."

“Hina sekali apabila menonton tajuk penyampaian berkaitan dengan syaitan, maka muka diconteng seperti syaitan dengan mempunyai tanduk. Siapa pernah melihat syaitan?"

“Lebih dahsyat lagi, ada cubaan untuk melakonkan keadaan sebenar syurga dan neraka. Nasib baik ada yang protes. Siapakah pernah memasuki syurga atau neraka? Saya, tenaga pengajar dan juri pun belum tentu. Apatah lagi kru."

“Ditakdirkan dilakonkan juga, apakah juri akan mengatakan; “bagus penyampaian dan lakonan itu, apa orang nak kata, lantak dia oranglah?” Apakah Islam layak digambarkan sedemikian rupa? Apakah matlamat dakwah sebenarnya?"

Oleh kerana itu, Ridhuan Tee mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk terlibat sama dengan program realiti sebegini.

JAKIM KENA BERTINDAK

“Pihak Jakim mesti dibawa bersama. Serlahkan keterlibatan Jakim, supaya jangan ada orang kata, Jakim tidak buat kerja dan patut ditutup.

TEGURAN KEPADA JURI DAN PESERTA

“Begitu juga juri atau tenaga pengajar yang dilantik hendaklah dibuat dengan berhati-hati kerana ini program agama. Kita tidak mahu lihat ada makhluk dua alam.

“Di pentas agama, bukan main ayu dan santun penampilannya, tetapi apabila menjadi tenaga pengajar atau juri realiti hiburan TV, penampilan sangat jauh berbeza. Hilang habis keayuan dan kesantunannya. Yo sana yo sini,” 

“Bahan-bahan melambak dalam internet. Bacalah. Cuba banding dengan komen juri program realiti di Barat, ternyata kualitinya sangat berbeza. Keilmuannya terpancar.

“Produk akhir realiti TV ini juga perlu dididik dengan keilmuan yang ada. Ini berikutan apabila akhir-akhir ini mereka yang menjadi juara sudah tidak kelihatan.

“Mereka seolah-olah hilang ditelan zaman. Kenapa? Logiknya mudah, kerana keilmuannya tidak terserlah. Rupanya mereka diajar menghafal, bukan membaca,” katanya.

0 Response to "Prof Ridhuan Tee Tegur Program Realiti TV Pendakwah"

Post a Comment