PANTAS & BERKESAN......Cuba Cara Ini Bila Anda Diserang Senggugut Pasti Anda Akan Tersenyum Selepas Itu
Penyakit Senggugut.Ketahui kesan penyakit senggugut sekarang, sebelum anda mengalaminya!
Senggugut ialah sakit ketika datang haid, senggugut sering kali dialami oleh kebanyakkan wanita lazimnya buat gadis yang meningkat remaja. Keadaan ini dikenali “primary spasmodic dysmenorrhea”.
Terdapat 2 jenis ‘dysmenorrhea’ ( senggugut)
1. Dysmenorrhea primer adalah kesakitan haid yang berlaku sekitar masa haid pertama bermula di kalangan wanita muda yang sihat berikutan faktor hormon dan tidak ada penyakit lain pada sistem reproduksi wanita. Peningkatan aktiviti hormon ‘prostaglandin’ yang dihasilkan dalam rahim yang memainkan peranan.
2. Dysmenorrhea Sekunder lazimnya menyerang wanita yang sudah berumahtangga atau sudah berkahwin. Kesakitan yang akan dialami lebih lama dan lebih teruk keadaanya. Ianya selalu dikaitkan dengan masalah rahim atau lain-lain organ pelvis, seperti endomestriosis atau fibroid. Bagi wanita yang mengalaminya lebih baik berjumpa dengan pakar sakit puan.
Dibawah ini adalah antara langkah-langkah yang boleh dilakukan sekiranya anda diserang senggugut:
i. Mengurut (dengan hujung jari) bahagian bawah perut anda dengan perlahan-lahan bagi melegakan sakit.
ii. Semasa anda dalam tempoh haid lebih bagus anda mengamalkan minuman yang panas supaya ia dapat membantu proses haid dengan lebih lancar.
iii. Gunakan alat pemanas dengan menuam di bahagian bawah perut anda. Ada sesetengah wanita masih mengamalkan bertungku semasa mengalami senggugut sebelum adanya pad pemanasan ini.
iv. Ikut diet yang kaya dengan karbodhidrat kompleks seperti bijirin, buah-buahan dan sayur-sayuran.
v. Anda boleh cuba tidur di dalam posisi berbaring di sebelah badan dengan lutut dibengkokkan.
vi. Mengamalkan teknik tenangkan diri seperti bermeditasi atau yoga.
vii. Mandi air panas juga membantu melegakan sakit senggugut. Anda juga boleh kunjungi kolam air panas seperti di Kajang ataupun Selayang.
0 Response to "PANTAS & BERKESAN......Cuba Cara Ini Bila Anda Diserang Senggugut Pasti Anda Akan Tersenyum Selepas Itu"
Post a Comment