"MAKAN ANGIN" DALAM TAHANAN POLIS


“Pergi makan angin lagi nampaknya” demikian antara kata-kata suspek utama kes pembunuhan kejam di sebuah bengkel kenderaan di Jalan Pahang, berhampiran Plaza Tol Tapah, di sini ketika polis menyerbu rumahnya selepas mendapat maklumat berhubung kehilangan seorang broker tanah, 26 Oktober lalu.

Menurut sumber, suspek seperti tidak terkejut dengan kehadiran polis kerana mungkin sudah mempunyai pengalaman ditahan dan direman pada tahun lalu membabitkan kehilangan seorang jurujual alat ganti kenderaan yang kini dipercayai menjadi seorang daripada empat individu dibunuh suspek.

“Suspek mungkin menyangkakan dia juga akan terlepas daripada dakwaan di mahkamah seperti yang dihadapinya pada pertengahan tahun lalu dan dengan sinis mengatakan tangkapannya kali ini hanya sementara waktu ketika ditahan polis.

“Pemilik bengkel kenderaan berat itu mungkin berpendapat dia sukar dikaitkan dengan kehilangan broker tanah berkenaan kerana menggunakan modus operandi sama melupuskan bukti dengan cara membakar mayat mangsanya seperti dilakukan terhadap jurujual alat ganti kenderaan yang dilaporkan hilang pada Jun 2014,” katanya..hmetro

0 Response to ""MAKAN ANGIN" DALAM TAHANAN POLIS"

Post a Comment