KEHIDUPAN SEBENAR KOTA METOPOLITAN KUALA LUMPUR PADA WAKTU MALAM YANG RAMAI TAK TAHU.......


Air kotak dan roti untuk gelandangan. (Part 1)

Semalam kami membawa 120 air kotak, 120 roti gardenia dan 120 Apollo yang disumbangkan seorang hamba Allah untuk diagihkan kepada gelandangan di sekitar Kuala Lumpur. Kesemua makanan kami jangka habis diagihkan pada waktu subuh sambil berpeluang melihat kehidupan mereka, tetapi selepas dua jam, kami terpaksa menambah roti yang baru. Dan jumlah tersebut habis diagihkan hanya di tiga tempat sahaja!

Kami berjumpa dengan keluarga Puan Rubiah. Punya anak bernama Firdaus berusia 5 tahun dan adik kecilnya Ilham. Mereka menyewa sebuah bilik di sekitar Lorong Haji Taib tetapi membuat keputusan untuk berada di jalanan Chow Kit memandangkan bilik yang disewa terlalu kecil.



Firdaus datang memeluk lalu mengajak kami duduk sebaik tiba di tempat mereka berehat. Pengalaman bergaul bersama dunia luar sejak usia 2 tahun menjadikan beliau berani persis anak-anak pelarian Syria di Jordan yang mudah mesra dengan orang yang tidak mereka kenali. Hati anak-anak ini terlalu bersih untuk bersangka buruk.

Ziarahlah mereka. Dengar apa yang mereka cerita. Nescaya kau sedar betapa Kuala Lumpur yang kita bangga-banggakan sebenarnya menyimpan seribu satu rahsia. Jika sebelum ini kita beralasan anak-anak Syria dan Palestin jauh untuk dilawat, di sini, apa pula alasan kita?

P/s: Kita dimomokkan dengan wawasan 2020 yang kereta tidak lagi di atas jalan raya tetapi semuanya di udara. Karut! Dalam keadaan kereta yang bergerak di atas jalan raya sekarang mereka ini tidak dipedulikan, bagaimana pula jika semuanya di angkasa?

‪#‎anakchowkit‬
‪#‎kemanusiaantanpasempadan‬







0 Response to "KEHIDUPAN SEBENAR KOTA METOPOLITAN KUALA LUMPUR PADA WAKTU MALAM YANG RAMAI TAK TAHU......."

Post a Comment