Kalau Dia Tak Nak Bayar Tak Apa, Itu Urusan Dia Dengan Allah - Rita Rudaini,Saya Minta Duit Untuk Masa Depan Anak Saja Tu Pun Anaak Dia Jugak...

PETALING JAYA: Pelakon Rita Rudaini berkata bekas suaminya, Aidil Zafuan Razak perlu merujuk semula dengan peguam yang dilantik mengenai bayaran mutaah yang perlu dijelaskan kepadanya.

Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar, 39, berasa terkejut apabila Aidil mengeluarkan kenyataan akan membayar mutaah berjumlah RM30,000 itu selepas mendapat surat daripada pihak mahkamah syariah sedangkan perkara itu tidak perlu.

"Rasanya dia (Aidil) perlu mendapatkan nasihat daripada peguamnya. Jika mengikut prosiding mahkamah, sekiranya dia hadir pada prosiding berkenaan, maka mahkamah tidak perlu mengeluarkan surat bertulis kepadanya.



"Jadi, dia tidak perlu menunggu surat daripada mana-mana pihak untuk menjelaskan bayaran mutaah berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada 4 Oktober lalu memerintahkan Aidil membayar kepada bekas isterinya sebanyak RM30,000 daripada tuntutan sebenar dibuat Rita iaitu RM300,000.

Tuntutan mutaah bermaksud pemberian harta (sagu hati) yang wajib diberikan oleh suami kepada isteri yang telah diceraikan.

Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, menerusi laporan mStar Online pada Jumaat pula berkata, dia akan mengotakan janjinya untuk membayar wang berkenaan selepas mendapat surat daripada pihak mahkamah.

Kata bintang bola sepak negara itu, dia akan membayar sekali gus wang berkenaan dan enggan berhutang apa-apa dengan pelakon wanita itu.

Sementara itu, Rita berkata, Aidil tidak perlu persoalkan mengenai tuntutan berkenaan kerana apa yang dilakukannya adalah demi anak-anak.

"Dia marah dan persoalkan adakah saya mahukan duit atau maruah. Kenyataan yang keluar di media pun berdasarkan pertanyaan daripada pihak media.

"Macam inilah, kalau dia nak bagi (bayaran mutaah), saya terima. Kalau tak nak pun tak apa. Itu urusan dia dengan Allah," ujarnya.

Rita dan Aidil bercerai talak satu pada 5 September 2013 di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, Negeri Sembilan selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. 

Hasil perkahwinan tersebut, mereka mempunyai dua orang anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 6, dan Airit Qaqa Arjuna yang berusia empat tahun

0 Response to "Kalau Dia Tak Nak Bayar Tak Apa, Itu Urusan Dia Dengan Allah - Rita Rudaini,Saya Minta Duit Untuk Masa Depan Anak Saja Tu Pun Anaak Dia Jugak..."

Post a Comment