darjah kebesaran palsu... Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu bagi mendapatkan darjah kebesaran


JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu bagi mendapatkan darjah kebesaran atau sumbangan bersempena Hari Keputeraannya, pada 22 November ini.

“Setiap tahun, sebelum hari jadi saya, sesetengah orang, malangnya menjadi mangsa kepada lelaki dan wanita yang berbohong dan berpura-pura bahawa mereka adalah dari istana.

“Mereka menjanjikan darjah kebesaran yang membawa pangkat Datuk jika yuran tertentu dibayar. Sesiapa yang didatangi lelaki dan wanita sebegini, harus menghubungi polis dan membuat laporan,” titahnya yang dipetik dari laman Facebook rasminya, baru-baru ini.

Sultan Ibrahim bertitah hanya 763 anugerah yang membawa gelar

an Datuk telah dianugerahkan sejak 1886 bersempena upacara istiadat, anugerah negeri dikurniakan.
Baginda tuanku bertitah agar rakyat dan mana-mana pihak tidak terpengaruh untuk menghulurkan sumbangan bersempena hari kelahirannya dan menegaskan ia adalah palsu semata-mata.

“Saya juga tidak melantik sesiapa untuk mengutip sumbangan bagi mana-mana sambutan hari jadi saya. Jika sesiapa yang mendakwa untuk mengutip sumbangan itu, jangan terpengaruh dengan mereka.
"Tuntutan itu adalah palsu,” titahnya.

Sultan Johor juga mengisytiharkan 23 Mac sebagai cuti umum sempena kemahkotaannya dan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah pada tahun ini bagi menggantikan cuti umum pada hari keputeraan iaitu 22 November.

0 Response to "darjah kebesaran palsu... Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu bagi mendapatkan darjah kebesaran"

Post a Comment