Bayi Maut Dengan Kesan Pendarahan Dan Tempurung Retak Didakwa Dibunuh Bapa Sendiri|Polis menahan seorang lelaki berusia 27 tahun bagi membantu siasatan kematian seorang bayi perempuan akibat pendarahan dalaman dan retak di sebelah kiri tempurung kepalanya di sini, awal pagi semalam.
Bayi berusia kira-kira sebulan itu difahamkan meninggal dunia sebaik dibawa ibunya yang berusia 25 tahun ke Hospital Melaka, kira-kira jam 3 pagi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah, berkata lelaki yang tidak bekerja itu ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

"Polis menganggap kes ini sudah selesai dengan tangkapan seorang penganggur berusia 27 tahun dipercayai bapa kepada bayi berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Adzis berkata, berikutan keadaan kecederaan serius pada fizikal bayi berkenaan, pihak hospital bertindak menghubungi polis sebelum satu prosedur bedah siasat dijalankan yang berakhir jam 3.30 petang.
"Lanjutan daripada laporan bedah siasat, polis bersama pihak hospital turut menjalankan siasatan di Pangsapuri Kota Laksamana, dipercayai dihuni oleh kedua-dua ibu bapa bayi dan seorang kakak kepada bayi itu yang berusia enam tahun.
"Pemeriksaan dibuat di premis itu untuk mengumpul segala keterangan yang boleh dikaitkan dengan kejadian," katanya.
Home » insurance
» Bayi Maut Dengan Kesan Pendarahan Dan Tempurung Retak Didakwa Dibunuh Bapa Sendiri
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 Response to "Bayi Maut Dengan Kesan Pendarahan Dan Tempurung Retak Didakwa Dibunuh Bapa Sendiri"
Post a Comment